.:: Akukah pilihanMU itu? Part 1 ::.
Nampaknya perjalanan balik ke rumah hari ni memang sungguh meletihkan. Manusia punyalah ramai, berpusu-pusu memburu masa..bertolak-tolak mengejar destinasi...masing-masing punya arah tuju sendiri. Memang tak sahlah kalau sekitar lrt Masjid Jamek ni tak dikerumuni orang, lebih-lebih lagi time macam nih...mahu berpeluh dibuatnya walaupun tak sampai
Hari ni genaplah seminggu keretaku tersadai di Workshop Ah Seng, dan cukup seminggu jugaklah aku menjadi salah seorang penunggu setia lrt nih..Aduhai, begini susah rupanya hidup orang-orang yang tak mampu berkereta. Bas dan lrt nih sajalah menjadi penunggu setia buat diorang. Ish silap tuh, mana lak penunggu setia...kalau lewat, alamatnya, goodbyelah.... Kalau difikir-fikirkan, ada hikmah rupanya kereta aku masuk bengkel, dapatlah aku rasai nikmat kesyukuran itu ya Allah..
“Mie..lewat kau balik hari nih...buat OT ke?”
“OT apanya...jalan jem teruk. Kau tahu jelah KL nih macamana...kalau tak jem, mana sah..”
“Laa...kau naik lrt lagi ke? Bila kereta kau nak siap? Lama betul si Ah Seng tuh nak bega..kalau tak silap aku, tak adalah teruk sangat
“Tulah pasal. Aku pun tak sure, tapi masa hantar repair hari tuh, aku dah pesanlah suruh si Ah Seng tuh tukar apa-apa yang patut..dah alang-alang masuk workshop tuh, biarlah baik betul..maybe sebab tuh kot kereta aku lama sikit kena tahan”
“Ha, elok sangatlah tuh..eh, aku laparlah. Jom pekena teh tarik dengan roti canai barang sekeping dua kat warung depan tuh!”
“Aiseh, aku minta maaf banyak-banyak...letih sangat nih. Dari siang tadi, aku tak dapat rest sangat...appointment dengan client punyalah banyak, kena pergi lawat tapak lagi..pengsan aku dibuatnya..sorrylah Lan, tak dapatlah aku nak join kau malam nih”
“Alah kau nih, tak macho la macam nih..Baru penat sikit, dah pancit...kata lelaki gagah... kalau macam nih punya
“Macho tak macho..Tak kisahlah kau nak cakap apa pun, yang penting aku memang penat sangat. Eh, dah alang-alang pergi tuh..tapau sikit untuk aku..Lapar juga nih...hehehe”
“Tau pun lapar..eh oklah, malas aku nak layan kau..Perut aku nih dah lama dah bising suruh isi...Aku chow dulu!”
Lan..Lan....Dahlan Hamidin, itulah nama sebenar housemate aku sejak dari university lagi. Entah macamana aku boleh kamceng dengan mamat nih pun aku tak ingat sangat. Tapi yang pastinya, sekarang nih dah dekat 5 tahun aku kenal dia. InsyaAllah dah kenal hati budi dia dan family kitorang pun memang dah kenal sangatlah, ibarat macam keluarga rapat sendiri. Silap-silap kalah tali ukhuwah antara aku dengan family betul aku, especially family sebelah ayah. Dan boleh dikatakan apa saja rahsia dia aku tahu tapi rahsia aku?? Hehehe.. susah sikit kot, maybe dia ada tahu tapi taklah sebanyak mana yang aku tahu pasal dia..
Entah bila aku terlelap pun aku tak sedar. Bangun-bangun je dah Subuh, nampaknya aku terlepas lagi nak Qiamullail malam tadi. Astagfirulah’azim...Tapi takpa, malam nanti Insya Allah. Dengan penuh semangat dan bertenaga aku bingkas bangun dari katil menunaikan kewajipanNya. Terasa segar sangat pagi ni. Mana taknya, balik office semalam terus lelap hinggakan roti canai yang Lan tapaukan untuk aku pun elok cantik je atas meja aku.
Dengan tak semena-mena, tiba-tiba perutku berbunyi. Aiseh, asal bangun je sure lapar. Macamanalah badan nih tak naik. Tapi takpa, semua tuh rezeki. Mana taknya, nikmat lapar tuh bukan semua orang boleh dapat woo...yang orang tahu, asyiklah nak merungut kalau lapar, first thing yang orang fikir:- takut gemuklah..tembamlah..debablah..pastu ambil langkah drastik, terus tak makan..ish-ish, manusia-manusia...berapa ramailah yang betul-betul rasa best sebab lapar? Hhmm...entahlah. Kalau nikmat lapar tuh takda, sure takda selera nak makan satu benda pun, pastu terliur jelah tengok orang lain makan sedap-sedap...
Kutoleh ke arah dinding bilik. Nampaknya jari panjang dan halus cik Pooh baru je mengarahkan ke angka 6. Awal lagi rupanya, dan banyak lagi masa untuk aku get ready nak pergi office. Sempat lagi kalau aku nak buat breakfast, perut nih terasa nak makan mee gorenglah pulak. Dah alang-alang sempat tuh, baik aku cepat-cepat masak. Dapat jugak si Lan tu merasa mee goreng mamak aku! Bukan senang woo..
Sebaik je aku keluar bilik dan melangkah turun, kedengaran bunyi bising kat dapur. Ish, lain macam je nih..siapalah pulaknya kat dapur nih. Nak kata si Lan, ish..turun masak time nih? Tak mungkin..tak mungkin...awal lagi nih..Lan tuh, kalau belum pukul 8, jangan haraplah nak dapat tengok batang hidung mamat tuh. Mana taknya, office punyalah dekat. Jalan beberapa langkah je dah sampai. Tuh yang dia berani tuh nak bangkit lewat tuh. Langkahku terhenti, fikiranku menerawang jauh. Terus fikir yang bukan-bukan. Alamak, pencuri ke. Matilah aku macam nih. Ish, kot ye pun nak merompak, carilah time lain. Nih dah lewat nih pun kalau nak buat aktiviti, cik pencuri oiii...orang dah bangkit dah time macam nih..
“Takkan takut kot Fahmi!Apa guna kau belajar silat masa sekolah-sekolah dulu. Time nih lah nak apply,” bisik hati kecilku dengan penuh keberanian. Betul juga tuh.
Aku memberanikan langkah, perlahan-lahan agar kehadiranku itu tidak akan disedari oleh si perompak tuh. Kang dia sempat lari pulak, melepaslah aku nak guna skill. Kujengukkan kepala sikit dari pintu dapur. Aik, mana pulak dia nih, takdalah pulak. Tadi beriya gedegung gedegang. Alih-alih takdalah pulak. Agak-agaknya, mesti dia sedar yang aku datang nak belasah dia. Tak pun, dia main ilmu ghaib kot, ish..bahaya nih. Haa..tuh dia.. nampak dah, kat belakang washing machine rupanya. Sorrylah, kau tuh bukannya kecil sangat. Macamlah aku tak nampak. Apalah agaknya yang
Nampaknya si lanun tuh buka fridge pula, dan capai orange juice aku. Kurang asam betul. Nih memang tak boleh jadi nih. Ewah, seronok nampaknya dia tuh kat dapur, sambil menyanyi-nyanyi riang. Kalau tak silap aku, lagu Melayu tuh..entah apa entah lagunya. Tak cam pulak maybe slow sangat kot siulan-siulannya tuh. Takpa, aku kasi chance kau buat macam dapur kau. Sekejap lagi, jagalah kau. Takkan aku lepaskan kau..Jaga..jaga...masanya akan tiba. Sat naaa....
Ish, tapi bila tengokkan keadaan badan si lanun tuh yang sasa dari belakang, kecut pulak rasanya.
Aku terus melompat ke arahnya. Sebenarnya tak best serang macam nih sebab dari arah belakanglah
“Opocot mak kau!!” Pandai pula si lanun nih melatah rupanya. Tak sangka aku.
“Oh, ini kerja kau yer? Merompak rumah orang. Kalau dah tahu lapar ke, kebulur ke apa ke..mintaklah wei...tak payahlah nak merompak rumah orang. Aku kalau kau mintak, insyaAllah aku kasi punya kau makan. Ni tak, main masuk dapur orang yer. Jagalah kau, sat lagi aku panggil polis, biar diorang je yang settlekan semua. Aku malaslah nak pukul kau, kang tak pasal-pasal aku pulak yang masuk jail sebab bunuh orang,” bebel aku sambil tangan aku menghalang si perompak tuh daripada terus meronta-ronta. Kedua-dua belah tangannya aku tarik ke belakang, memang serius
Alamak, si lanun nih makin kuat pula dia meronta. Matilah aku macam ni. Jangan cepat mengalah Fahmi, hold tide. Be strong! Aduhai, beriya hati aku memujuk walhal mulut nih tak putus-putus membaca ayat-ayat yang patut sebagai penyelamat insyaAllah. Sekali...aduh...Tidak!!
Note: Stok baru :)
.:: Akukah pilihanMU itu? Part 2 ::.
Posted on: Feb 24, 2004 - 02:18 AM by kupu_kecil
“Wei..wei, apahal nih..? Mie..Akulah nih. Wei, aku nih, Lan. Kau biar benar..takkan aku nak cari makan pun kau nak panggil polis. Aku bukan perompaklah..Kau mengigau ker?”
Nampaknya si lanun nih guna taktik baru nak melawan. Siap mengaku housemate aku lak tuh. Nih tak boleh jadi nih, memang serius nak kena dengan aku.
“Ewah-ewah..melawanlah pulak kau nih. Kang ada yang kena penangan aku nih. Dah buat salah, tak nak ngaku lak tuh..siap mengaku member rumah aku lak dia nih..Maknanya dah lama dah yer kau intip rumah kitorang, siap tahu siapa penghuni rumah nih tuh...Maju betul pencuri zaman sekarang yer rupanya. Ah, aku tak kisah. Meh ikut aku pergi balai..Nak cerita banyak, kita borak sampai esok pagi tapi kat balai arr,” aku bebel lagi, memang serius aku mewarisi bakat mak aku. Rasakan...
Pergelutan nampaknya makin dahsyat antara aku dengan si perompak tuh. Dan dia tak habis-habis mengaku diri dia Lan, entah apa-apa entah si perompak ni. Dah bersalah tuh, mengaku sajalah. Si perompak berbadan sasa nih masih lagi membelakangkan aku sebab tangannya masih lagi kuat aku pegang. Dalam kesamaran cahaya dari ruang tanggga, sekali mataku terpandang pada sesuatu yang sangat familiar. Ya, logo dan motto persatuan aku masa kat university dulu. Logo ‘ikan duyung’ berslogankan ‘Pancing, jangan tak pancing’. Ish, macam kenal...Ya Allah, biar benar...Segera tanganku meleraikan semuanya..Dan si perompak tuh pun menoleh...
“Lan, Ya Allah!...memang betul kau rupanya. Apsal kau tak bagitau aku dari tadi,” ujarku sambil tanganku mengibas-ngibas pakaian Lan, membetulkan kolar baju dia..habis renyuk nampaknya baju dia.
“Dah puas aku bagitahu kau, sampai naik kering air liur aku. Kau je yang tak habis-habis suruh aku mengaku. Aku pun macam malas je, biar jelah..Aku fikir kau tuh mengigau je, malas aku tak layan orang yang sleep-walking nih,”
“Manalah aku nak tahu, yang kau duduk dalam gelap nih kenapa? Lagipun, kau tuh jarang benar masuk dapur pagi-pagi buta macam nih. Tu yang aku macam ingat perompak tuh.,” Aku hanya tersengih menampakkan semua gigi yang ada. Dah memang silap aku, hehee..
“Aku tahulah aku nih pemalas sikit bab-bab nak masak nih, bukan macam kau. Tapi serius perut aku lapar sangat masa Subuh tadi, tu yang masuk dapur ni. Tak sampai berapa minit aku masuk sini dah kena serang dengan kau. Tuh yang tak sempat nak on lampu tu. Eh, kau nak masak apa hah? Cepatlah mulakan tugas kau, sebagai denda kau serang aku tadi,”
“Yelah, yelah. Aku nak masaklah nih,”
Secara automatik terpancar senyuman lebar pada wajah Lan, menampakkan lesung pipit sebelah kiri dia. Segera kucapai perkakas-perkakas yang patut. Nampaknya semua dah ready atas meja, sebab Lan dah keluarkan semuanya siap-siap dari fridge tadi. Senang sikit kerja aku. Sementara menunggu ayam tuh lembut sikit memandangkan keadaannya yang keras macam batu - kalau dibaling ke dinding, mahunya dinding yang retak tuh, aku menyiang sayur-sayuran. Carrot dan bawang kubasuh bersih, dicincang halus-halus. Bayam kupotong cantik mengikut style sebiji macam mak aku ajar dulu-dulu. Beberapa ketul ayam kuambil, dipotong kecil-kecil supaya mudah untuk dimakan. Sejurus kemudian, api kunyalakan dan minyak kutuang. Dalam beberapa minit, mee goreng mamak edisi Fahmi terhidang hhmmm...sedap atas meja..Hehe..riak lah pulak..Ish, mana pulak si Lan nih. Tadi beriya aku tengok menunggu penuh kesetiaan kat meja makan nih. Sekali hilang pula dia, entah bila dia lesap pun aku tak sedar. Agaknya aku terlampau khusyuk masak kot. Ish,
“Laa...patutlah aku panggil sunyi sepi je..Sambung buat tahi mata rupanya,”
“Haa..Mie, dah siap masak ke? Lambat sangat aku tunggu kau, so aku aku sambunglah mimpi. Hehehe..jom makan. Aku lapar nih,” Jawab Lan seraya tangannya menggesek kedua-dua matanya. Nampaknya, kali ni Lan pula tersengih-sengih kambing kat aku. Aku hanya mengangguk laju sambil mengatur langkah terus ke dapur. Perut memang dah lapar tahap maksimum dah nih. Aku tengok Lan hanya mengekori aku je dari belakang.
Seronok betul kitorang makan breakfast sampai terlupa langsung yang sepatutnya kena pergi office.
“Selamat pagi. Lewat hari ni, Encik Fahmi ?”
Aku hanya membalas teguran Tini, setiausaha peribadi aku dengan sekuntum senyuman. Terasa penat pula aku nak berborak panjang dengan dia. Selalunya sempat jugalah nak bertanya-tanya khabar, tak pun bercerita tentang isu semasa. Gadis manis kacukan Cina ni memang sangat petah berbicara, lebih-lebih lagi berkaitan dengan masalah dunia. Seronok juga kalau mendengar luahan hatinya, komen membinanya serta usul-usulnya. Tapi hari nih, aku macam takda mood pula rasanya. Kuseka peluh yang kian mencurah pada dahi, kulihat kemejaku mulai basah. Aduhai, macamanalah nak jumpa client dalam keadaan macam nih. Menjatuhkan reputasi diri dan nama syarikat je aku nih.
Sebaik sahaja meletakkan briefcase, kedengaran bunyi intercom. Kelihatan butang no 1 menyala-nyala, memang sahlah. Siapa lagi kalau bukan Tini. Aku segera menekan punat untuk menjawab.
“Encik Fahmi, schedule untuk pagi ini - meeting dengan Syarikat GarudaMaju nampaknya terpaksa dibatalkan..”
“Cancelled? Why?”
“I’m not sure, but they called me just now informing the cancellation. After lunch pula, hhmm...let me check...ha..Good news, Encik Fahmi tak ada apa-apa this afternoon. Is there anything else that can I help before I continue with my job?”
“Alhamdulillah, that’s good. Ha..ya...Tini, you forgot to do something this morning?”
“Yes?”
“My coffee, my dear. Tekak nih terasa haus sangat. As usual, less sugar but extra milk. Please, thanks,”
“Hhmm...Encik Fahmi lupa ke? Today is Thursday..,”
“Ya..I know today is Thursday. Why? Anything wrong with that?”
“Takdalah. Biasanya Encik Fahmi puasa, that’s why I didn’t make your coffee today. Encik Fahmi sihat ke?,”
“Astagfirullah’azim, I betul-betul terlupa! No, no...Don’t worry, I’m okay. Maybe I was too tired yesterday, lapar sangat sampai terlupa. Anyway, thanks. I’ll call you if I need anything, thanks,” ujarku seraya menekan kembali punat menamatkan perbualan.
Walaupun hari ni jadual kerja aku taklah penuh daripada biasa, tapi aku masih tetap terasa penat buat kerja. Entah bilalah agaknya semua kerja-kerja nih nak settle, habis selicin-licinnya. Macam boleh je nak settle pun. Sedang merehat-rehatkan minda, mataku terpandang pada potret keluargaku. Mak, ayah dan adik-adikku. Macamanalah agaknya diorang sekarang yer? Sihat ke? Semoga semuanya dilindungiMu, ya Allah..
Dah lama juga aku tak menelefon bertanyakan khabar berita keluarga tersayang. Teruk betul aku nih sebagai anak. Jangan kata nak balik jenguk mereka, telefon pun payah. Niat tuh selalu ada, cuma tak berkesempatan je. Sudah puas aku mengajak mak dan ayah semua pindah dan tinggal di KL nih, tapi jawapannya masih tetap sama. “Ni rumah peninggalan arwah nenek kau, Fahmi. Kalau boleh, mak dan ayah nak habiskan sisa tua kami di sini nak,” Macamana tuh, terkedu terus aku setiap kali mak jawab begitu. Bukan aku tak nak jenguk diorang kat kampung, jauh benar...nun di Kedah. Dulu masa awal-awal kerja dulu, selalu jugalah aku balik. Kalau tak silap, adalah sekali dalam sebulan tuh. Tapi sekarang, sejak naik pangkat nih, boleh kiralah berapa kali sangat aku balik menjejakkan kaki di bumi Sungai Petani tuh. InsyaAllah, aku kena balik juga nanti. Tapi bila yer, apa-apa pun kena tunggu kereta aku siap juga. Ish, kereta..kereta...
Penantianku sehari suntuk kat office berakhir juga untuk sementara. Aku segera berkemas-kemas untuk pulang. Aku tengok keadaan office sudah lengang. Awal betul diorang nih keluar, jam aku baru je menunjukkan pukul 5.05 petang. Kalau pasal habis waktu pejabat, semuanya macam lipas kudung.
Bas penuh dan padat seakan tin sardin tuh hanya kulihat saja berlalu pergi. Dah memang tak muat dah untuk aku menghempitkan diri. Lebih baik aku tunggu the next bus. Terasa malas pula nak berkejar-kejar dan kelam-kabut. Memenatkan badan je aku rasa. Lagipun aku tengok orang yang menunggu pun makin susut. Maklumlah, semua dah lepas disardinkan. Tak sampai 5 minit, bas yang kutunggu-tunggu pun sampai. Lengang sikit kalau nak dicomparekan dengan yang awal tadi.
Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Pelbagai ragam manusia, ada yang berjalan laju sampai tak ingat dunia, ada yang berwajah tenang dan tak kurang juga yang memang mukanya nampak tension. Maklumlah, semuanya menjalani tugas masing-masing. Tiba-tiba di hujung
Baru saja aku nak mulakan langkah ke arahnya, langkahku mati. Hatiku tiba-tiba berdebar kencang. Datang seorang wanita bertudung litup ke arahnya dan memimpin budak perempuan tu pergi. Aku
Note: hehe
.:: Akukah pilihanMU itu? Part3 ::.
Posted on: Feb 27, 2004 - 06:59 PM by kupu_kecil
Sepanjang perjalanan balik, kepalaku tak habis-habis memikirkan wajah wanita itu. Sedikit pun tak pernah terlintas di fikiranku untuk menemui dia lagi, apatah lagi di kala ini. Aku cuba menenangkan perasaan, berfikir secara normal. Ternyata aku gagal. Ish, kuat betul penangannya. Wajahnya yang redup dan kanak-kanak perempuan yang comel itu kerap kali berlegar-legar. Astagfirulah’azim...
Mataku sukar lelap pula malam ni. Usai sudah solat malam, kucapai Kitabullah melagukan ayat-ayatNya dengan harapan untuk mendapatkan keredhaanNya. Sedikit demi sedikit, hatiku kian tenang. Benarlah bahawa hanya dengan mengingatiNya, hati-hati akan menjadi tenang.(*) Keheningan malam benar-benar memahamiku, seolah-olah turut mewarnai gejolak perasaanku.
Tidak wajar kulayan emosi ni, makin menjadi-jadi nampaknya. Dahlah teman bicara takda malam ni. Lan nih, masa kita perlukan dia takda pula mamat nih. Lan nih ke Perak katanya, terpaksa menggantikan officemate dia untuk menghadiri satu course. Aku pun tak sempat nak jumpa dia sebelum dia berangkat tadi, kelam-kabut gayanya. Aku agak aje keadaan dia macam tuh melalui intonasi suara dia dalam phone tadi. Sunyi sepilah aku dalam 3 hari ni, tiada teman berbual. So, lebih baik aku menidurkan diri daripada jiwang tak tentu pasal.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke pejabat, kedengaran telefon kuat berdering meminta untuk dijawab. Segera kucapai gagang.
“Assalamua’laikum Abg Long! Tengah buat apa tuh? Busy ke?” Excited betul kudengar suara dari hujung talian.
“Wa’alaikumusalam warahmatullah. Eh, siapa pula nih?”
“Sampai hati Abg Long tak ingat kat Achik. Sedih tau. Tulah, Abg Long dah lama tak telefon rumah. Dah lupakan kitorang yer?” Serta-merta berubah nada suaranya. Macam manalah aku boleh lupakan adikku seorang tuh.
“Achik ker? Ingatkan siapalah tadi. Ish, mana boleh lupa suara lemak merdu Achik! Abg Long sibuklah kebelakangan nih, tu yang tak sempat nak telefon rumah tuh. Semua sihat ker?”
“Alhamdulillah, mak dan ayah semua kirim salam. Achik sebenarnya ada hajat nih, penting sangat nak beritahu kat Abg Long nih,”
“Aik, lain macam je bunyinya nih. Kenapa Achik? Achik dah nak kahwin dah ker? Hiihihi...Ada apa-apa yang boleh Abg Long buatkan ker?”
“Achik pulak! Abg Longkan lebih tua, Abg Longlah dulu. Saja je nak kenakan Achik tau. Hihi..Abg Long mesti suspen kan ? Taknak bagitahu sekarang, kalau nak tahu kenalah balik kampung dulu. Hihi..”
“Ish budak nih. Tak baik tau buat Abg Long macam nih. Dah bagitahu sekerat jalan, pastu tarik balik pula dia. Nak bagitahu Abg Long ke tak nih? Kang Achik tak sempat nak bagitahu Abg Long kang, baru Achik tahu,”
“Abg Long nih...suka ugut Achik macam tuh tau. Yelah, yelah..Achik bagitahulah nih. Sebenarnya Achik nak tumpang rumah Abg Long dalam seminggu dua nih. Achik nak datang dengan mak hujung minggu nih, sebab minggu depan Achik ada interview untuk dapatkan scholarship,”
“Ye ke? Alhamdulillah, bisa diatur dong! Hihihi...Cuma rumah Abg Long nih takdalah besar mana, maklumlah tinggal berdua je dengan Abg Lan. Ok ke?”
“Achik tak kisahlah Abg Long. Asalkan ada tempat nak berteduh tuh pun dah cukup baik. Pastukan , Abg Long kena bawak Achik jalan-jalan tau. Lama dah rasanya tak round KL tuh, Achik dah plan banyak tempat tau untuk kita pergi..,”
“Yelah, insyaAllah. Ok yer, sampaikan salam sayang Abg Long buat semua kat rumah yer. Jaga diri baik-baik tau, Assalamua’laikum,”
Gagang telefon kuletakkan perlahan-lahan. Ceria betul suara Achik, menambahkan lagi kerinduan aku pada keluarga especially mak. Kukira-kira lama juga aku tak menjengah mereka. Seingat aku dekat setengah tahun, last sekali pun masa raya Aidilfitri tahun lepas. Hampir aku terlupa yang Achik sekarang sudah pun meningkat dewasa, nak masuk universiti dah rupanya. Semoga keputusan SPMnya cemerlang dan melayakkannya mendapat penajaan untuk menyambung pelajaran. Amin..
Kuhitung-hitung, kucongka-congak...Astagfirullah’azim! Kalau Achik dah makin dewasa, maknanya aku pun dah makin tua lah gamaknya. Beriya ingatkan diri masih awet muda, rupanya makin bertambahlah umur aku. Tahun nih, aku bakal mencecah umur 27 tahun. Sedar tak sedar, begitu cepat masa berlalu. Masih terbayang-bayang segar diingatan, gelagat aku adik-beradik bermain-main riang di halaman rumah. Maklumlah zaman kanak-kanak ribenalah katakan. Setiap hari ada saja aktiviti yang dirancangkan oleh kami adik-beradik. Main ‘polisentri’lah, tembak-tembaklah..’mak-mak’lah. Kelakar pula rasanya bila mengingatkan zaman dulu. Mana taknya, hidup aku sebagai seorang lelaki tunggal dalam keluarga memaksa aku turut join main game budak-budak perempuan. Kalau tak, ketinggalanlah aku sorang-sorang dalam rumah.
Apalah mimpi mak aku nak datang KL nih. Selalunya jangan haraplah mak nak datang jenguk aku, walaupun untuk sehari dua. Ini nak duduk dengan aku untuk seminggu dua tuh..tuh yang aku musykil sikit tuh. Aku tahulah yang Achik nak pergi interview, tapi biasanya Achik akan datang dengan Mak Lang aku saja. Mungkin mak sunyi, asyik terperap kat rumah saja kot. Tapikan , kenapa ayah tak datang sekali yer..nih yang bertambahlah kemusykilan aku. Mungkin juga ayah sibuk dengan urusan kebajikan kampung. Sejak ayah dipilih untuk menerajui jawatankuasa kebajikan kampung, aku akui yang ayah sentiasa sibuk. Kadang-kadang kasihan juga aku melihat keadaan ayah yang teruk bekerja.
Kakak aku yang dua orang tu pula, masing-masing sudah punya keluarga sendiri. Sorang tuh menetap di Sungai Besi kerana abang iparku seorang bekerja sebagai seorang tentera. Mudahlah urusan Abg Hadi nak ke kem setiap hari manakala Kak Suri pula mengikut suaminya belajar di luar negara. Walaupun semuanya sibuk dengan rumahtangga masing-masing, aku kagum dengan kakak-kakakku. Mereka tidak pernah lupa dengan tanggungjawab mereka sebagai anak. Sering menelefon dan mengirimsurat pada mak sebagai pengubat rindu.
Lamunanku terhenti acapkali terdengar ketukan pintu bilikku. Oh, Tini rupanya. Meminta izin untuk pulang sekaligus memaklumkan aku yang waktu kerja dah pun habis. Aku toleh jam di dinding, dekat jam 5.30 petang rupanya. Jauh betul aku mengelamun sampai terlupa tentang masa dan waktu. Aku bercadang untuk ke Workshop Ah Seng untuk bertanyakan keadaan keretaku. Lama benar terperap disana . Lagipun, kalau keretaku masih tersadai di sana , macamanalah aku nak bawa Achik dan mak jalan-jalan kat bandar nanti.
Aku percepatkan langkah, ingin segera sampai. Risau juga, manalah tahu kot-kot Ah Seng tuh tutup kedai awal sikit ke hari nih. Melepaslah aku nak tengok kereta aku, nak pujuk-pujuk Ah Seng tuh settlekan kereta aku cepat-cepat sikit. Malangnya, dari jauh kulihat pintu workshopnya tertutup rapat. Nampaknya tak ada rezekilah untuk aku hari ni. Takpalah, insyaAllah esok masih ada.
“Abang, abang...” Kutoleh ke belakang mencari dari mana arah suara itu. Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berpakaian serba lusuh menarik-narik pakaianku.
“Ye adik, kenapa nih? Mak ayah adik mana? Adik sesat ker?”
“Abang, adik nak dua ringgit. Lapar..” Nada suaranya benar-benar menyentuh kalbuku. Kasihan benar kutengok keadaannya. Siapalah yang boleh tertinggal anaknya di sini nih.
“ Mana mak dan ayah adik? Adik tinggal kat mana, mari abang hantarkan adik pulang ke rumah,” pujukku lagi.
“Abang, adik nak dua ringgit. Lapar..” Kanak-kanak itu masih lagi mengulangi ayat yang sama. Masih kuat pula bajuku ditariknya. Musykil aku dibuatnya. Walaupun puas sudah aku pujuk bertanyakan mak dan ayahnya tapi jawapan yang diberi tetap sama.
Setelah dihulurkan sedikit wang, kanak-kanak itu pun berlalu pergi. Aku lihat dia berjalan terkedik-kedik sambil tangannya tak habis-habis mencium duit kertas yang baru kuhulurkan tadi. Barangkali kanak-kanak itu terasa sungguh berterima kasih kerana berjaya mendapatkan sedikit wang untuk membeli makanan. Syahdu sungguh dan jiwa lelakiku benar-benar terusik.
Kanak-kanak itu kulihat menghampiri seorang perempuan muda pula. Dari riak wajahnya, aku kira wanita itu dalam lingkungan 30-an. Barangkali wanita itu bakal menjadi mangsa yang seterusnya. Aku lihat kanak-kanak itu dihalau-halaunya. Namun, dia masih tidak berganjak dan berharap akan membuahkan hasil. Baju kurung wanita itu ditarik-tariknya lagi, namun wanita itu tetap tidak mengendahkannya. Kasihan benar mengenangkan nasib kanak-kanak itu. Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki menolak jatuh kanak-kanak itu. Terjelepuk lemah budak itu. Serentak dengan itu, pasangan itu terus berlalu pergi. Budak itu bingkas bangun, membersihkan kepala lututnya, luka barangkali. Kasihan..
Apalah salahnya, jika dihulurkan barang seringgit dua. Tidaklah luak mana pun duit yang berkepuk-kepuk itu kukira. Kufikir kembali, tak baikku menaruh prasangka buruk pada wanita tadi. Mungkin keadaannya juga tidak sesenang mana yang membolehkannya untuk membantu budak lelaki itu. Atau mungkin sebagai pengajaran buat si mak dan ayah kepada budak tadi supaya menggunakan kudrat yang ada untuk mencari rezeki dan bukan hanya mengharapkan ihsan insan lain. Masih ada juga sesetengah mak ayah yang sanggup membiarkan anak-anak mereka menagih simpati daripada belas kasihan manusia untuk mencari makanan. Semoga keturunanku dijauhkan daripada menerima nasib yang sama, Na’uzubillah minzalik..Tanpa disedari, manik-manik kaca gugur jua..
Mataku sukar lelap pula malam ni. Usai sudah solat malam, kucapai Kitabullah melagukan ayat-ayatNya dengan harapan untuk mendapatkan keredhaanNya. Sedikit demi sedikit, hatiku kian tenang. Benarlah bahawa hanya dengan mengingatiNya, hati-hati akan menjadi tenang.(*) Keheningan malam benar-benar memahamiku, seolah-olah turut mewarnai gejolak perasaanku.
Tidak wajar kulayan emosi ni, makin menjadi-jadi nampaknya. Dahlah teman bicara takda malam ni. Lan nih, masa kita perlukan dia takda pula mamat nih. Lan nih ke Perak katanya, terpaksa menggantikan officemate dia untuk menghadiri satu course. Aku pun tak sempat nak jumpa dia sebelum dia berangkat tadi, kelam-kabut gayanya. Aku agak aje keadaan dia macam tuh melalui intonasi suara dia dalam phone tadi. Sunyi sepilah aku dalam 3 hari ni, tiada teman berbual. So, lebih baik aku menidurkan diri daripada jiwang tak tentu pasal.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke pejabat, kedengaran telefon kuat berdering meminta untuk dijawab. Segera kucapai gagang.
“Assalamua’laikum Abg Long! Tengah buat apa tuh? Busy ke?” Excited betul kudengar suara dari hujung talian.
“Wa’alaikumusalam warahmatullah. Eh, siapa pula nih?”
“Sampai hati Abg Long tak ingat kat Achik. Sedih tau. Tulah, Abg Long dah lama tak telefon rumah. Dah lupakan kitorang yer?” Serta-merta berubah nada suaranya. Macam manalah aku boleh lupakan adikku seorang tuh.
“Achik ker? Ingatkan siapalah tadi. Ish, mana boleh lupa suara lemak merdu Achik! Abg Long sibuklah kebelakangan nih, tu yang tak sempat nak telefon rumah tuh. Semua sihat ker?”
“Alhamdulillah, mak dan ayah semua kirim salam. Achik sebenarnya ada hajat nih, penting sangat nak beritahu kat Abg Long nih,”
“Aik, lain macam je bunyinya nih. Kenapa Achik? Achik dah nak kahwin dah ker? Hiihihi...
“Achik pulak! Abg Long
“Ish budak nih. Tak baik tau buat Abg Long macam nih. Dah bagitahu sekerat jalan, pastu tarik balik pula dia. Nak bagitahu Abg Long ke tak nih? Kang Achik tak sempat nak bagitahu Abg Long kang, baru Achik tahu,”
“Abg Long nih...suka ugut Achik macam tuh tau. Yelah, yelah..Achik bagitahulah nih. Sebenarnya Achik nak tumpang rumah Abg Long dalam seminggu dua nih. Achik nak datang dengan mak hujung minggu nih, sebab minggu depan Achik ada interview untuk dapatkan scholarship,”
“Ye ke? Alhamdulillah, bisa diatur dong! Hihihi...Cuma rumah Abg Long nih takdalah besar mana, maklumlah tinggal berdua je dengan Abg Lan. Ok ke?”
“Achik tak kisahlah Abg Long. Asalkan ada tempat nak berteduh tuh pun dah cukup baik. Pastu
“Yelah, insyaAllah. Ok yer, sampaikan salam sayang Abg Long buat semua kat rumah yer. Jaga diri baik-baik tau, Assalamua’laikum,”
Gagang telefon kuletakkan perlahan-lahan. Ceria betul suara Achik, menambahkan lagi kerinduan aku pada keluarga especially mak. Kukira-kira lama juga aku tak menjengah mereka. Seingat aku dekat setengah tahun, last sekali pun masa raya Aidilfitri tahun lepas. Hampir aku terlupa yang Achik sekarang sudah pun meningkat dewasa, nak masuk universiti dah rupanya. Semoga keputusan SPMnya cemerlang dan melayakkannya mendapat penajaan untuk menyambung pelajaran. Amin..
Kuhitung-hitung, kucongka-congak...Astagfirullah’azim! Kalau Achik dah makin dewasa, maknanya aku pun dah makin tua lah gamaknya. Beriya ingatkan diri masih awet muda, rupanya makin bertambahlah umur aku. Tahun nih, aku bakal mencecah umur 27 tahun. Sedar tak sedar, begitu cepat masa berlalu. Masih terbayang-bayang segar diingatan, gelagat aku adik-beradik bermain-main riang di halaman rumah. Maklumlah zaman kanak-kanak ribenalah katakan. Setiap hari ada saja aktiviti yang dirancangkan oleh kami adik-beradik. Main ‘polisentri’lah, tembak-tembaklah..’mak-mak’lah. Kelakar pula rasanya bila mengingatkan zaman dulu. Mana taknya, hidup aku sebagai seorang lelaki tunggal dalam keluarga memaksa aku turut join main game budak-budak perempuan. Kalau tak, ketinggalanlah aku sorang-sorang dalam rumah.
Apalah mimpi mak aku nak datang KL nih. Selalunya jangan haraplah mak nak datang jenguk aku, walaupun untuk sehari dua. Ini nak duduk dengan aku untuk seminggu dua tuh..tuh yang aku musykil sikit tuh. Aku tahulah yang Achik nak pergi interview, tapi biasanya Achik akan datang dengan Mak Lang aku saja. Mungkin mak sunyi, asyik terperap kat rumah saja kot. Tapi
Kakak aku yang dua orang tu pula, masing-masing sudah punya keluarga sendiri. Sorang tuh menetap di Sungai Besi kerana abang iparku seorang bekerja sebagai seorang tentera. Mudahlah urusan Abg Hadi nak ke kem setiap hari manakala Kak Suri pula mengikut suaminya belajar di luar negara. Walaupun semuanya sibuk dengan rumahtangga masing-masing, aku kagum dengan kakak-kakakku. Mereka tidak pernah lupa dengan tanggungjawab mereka sebagai anak. Sering menelefon dan mengirim
Lamunanku terhenti acapkali terdengar ketukan pintu bilikku. Oh, Tini rupanya. Meminta izin untuk pulang sekaligus memaklumkan aku yang waktu kerja dah pun habis. Aku toleh jam di dinding, dekat jam 5.30 petang rupanya. Jauh betul aku mengelamun sampai terlupa tentang masa dan waktu. Aku bercadang untuk ke Workshop Ah Seng untuk bertanyakan keadaan keretaku. Lama benar terperap di
Aku percepatkan langkah, ingin segera sampai. Risau juga, manalah tahu kot-kot Ah Seng tuh tutup kedai awal sikit ke hari nih. Melepaslah aku nak tengok kereta aku, nak pujuk-pujuk Ah Seng tuh settlekan kereta aku cepat-cepat sikit. Malangnya, dari jauh kulihat pintu workshopnya tertutup rapat. Nampaknya tak ada rezekilah untuk aku hari ni. Takpalah, insyaAllah esok masih ada.
“Abang, abang...” Kutoleh ke belakang mencari dari mana arah suara itu. Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berpakaian serba lusuh menarik-narik pakaianku.
“Ye adik, kenapa nih? Mak ayah adik mana? Adik sesat ker?”
“Abang, adik nak dua ringgit. Lapar..” Nada suaranya benar-benar menyentuh kalbuku. Kasihan benar kutengok keadaannya. Siapalah yang boleh tertinggal anaknya di sini nih.
“ Mana mak dan ayah adik? Adik tinggal kat mana, mari abang hantarkan adik pulang ke rumah,” pujukku lagi.
“Abang, adik nak dua ringgit. Lapar..” Kanak-kanak itu masih lagi mengulangi ayat yang sama. Masih kuat pula bajuku ditariknya. Musykil aku dibuatnya. Walaupun puas sudah aku pujuk bertanyakan mak dan ayahnya tapi jawapan yang diberi tetap sama.
Setelah dihulurkan sedikit wang, kanak-kanak itu pun berlalu pergi. Aku lihat dia berjalan terkedik-kedik sambil tangannya tak habis-habis mencium duit kertas yang baru kuhulurkan tadi. Barangkali kanak-kanak itu terasa sungguh berterima kasih kerana berjaya mendapatkan sedikit wang untuk membeli makanan. Syahdu sungguh dan jiwa lelakiku benar-benar terusik.
Kanak-kanak itu kulihat menghampiri seorang perempuan muda pula. Dari riak wajahnya, aku kira wanita itu dalam lingkungan 30-an. Barangkali wanita itu bakal menjadi mangsa yang seterusnya. Aku lihat kanak-kanak itu dihalau-halaunya. Namun, dia masih tidak berganjak dan berharap akan membuahkan hasil. Baju kurung wanita itu ditarik-tariknya lagi, namun wanita itu tetap tidak mengendahkannya. Kasihan benar mengenangkan nasib kanak-kanak itu. Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki menolak jatuh kanak-kanak itu. Terjelepuk lemah budak itu. Serentak dengan itu, pasangan itu terus berlalu pergi. Budak itu bingkas bangun, membersihkan kepala lututnya, luka barangkali. Kasihan..
Apalah salahnya, jika dihulurkan barang seringgit dua. Tidaklah luak mana pun duit yang berkepuk-kepuk itu kukira. Kufikir kembali, tak baikku menaruh prasangka buruk pada wanita tadi. Mungkin keadaannya juga tidak sesenang mana yang membolehkannya untuk membantu budak lelaki itu. Atau mungkin sebagai pengajaran buat si mak dan ayah kepada budak tadi supaya menggunakan kudrat yang ada untuk mencari rezeki dan bukan hanya mengharapkan ihsan insan lain. Masih ada juga sesetengah mak ayah yang sanggup membiarkan anak-anak mereka menagih simpati daripada belas kasihan manusia untuk mencari makanan. Semoga keturunanku dijauhkan daripada menerima nasib yang sama, Na’uzubillah minzalik..Tanpa disedari, manik-manik kaca gugur jua..
.:: Akukah pilihanMU itu? Part 4 ::.
Posted on: Mar 04, 2004 - 02:28 AM by kupu_kecil
“Mana budak nih, tak reti nak balik-balik? Bukan tak tahu aku pesan suruh balik awal sikit, memang nak kena budak nih. Menaikkan darah aku je kerjanya,”
“Hah, tuh dia. Dah pukul berapa dah nih? Tak reti nak tengok, kalau dah gelap tuh, baliklah,”
“Mari sini, bak sini duit tuh?” Aku rampas gumpalan kepingan duit-duit kertas darinya dengan kasar. Kukira-kira, sehelai demi sehelai.
“Banyak nih je yang kau dapat? Nih nak beli susu adik kau pun tak lepas. Aku ingat bila kau balik lewat nih, dapatlah aku nak merasa makan sedap sikit. Ini tidak, menyusahkan aku je,” tanganku pantas mengutil pehanya. Aku seperti dirasuk hantu. Tidak cukup dengan itu, telinganya kupulas kuat, dan tanganku memukul-mukul badannya yang masih kecil. Menyepak-nyepak pipinya yang masih merah. Memang hatiku sangat geram, bengang yang amat sangat.
Malam nih kulalui seperti biasa, seperti sediakala. Seorang diri, hanya bertemankan cahaya bulan purnama. Kutoleh ke kiri, dua orang kanak-kanak kecil sedang enak dibuai mimpi. Aku harapkan biarlah mereka mendapat mimpi yang mengindahkan kerana belum tentu mereka dapat merasai kenikmatan hidup di alam realiti. Nasib kau memang sudah ditakdirkan begitu, tiada apa yang boleh diubah lagi, fikirku.
Aku mengorak langkah ke arahnya dan perlahan-lahan meletakkan punggungku di sisinya. Comel sungguh tidurnya, sesekali tangannya tergerak-gerak. Ciuman sayang kuberikan pada dahinya. Maafkan mama, nak. Mama terpaksa, mama tiada pilihan lain, nak. Ku selak bajunya yang serba lusuh, penuh lebam-lebam. Semuanya kesan pukulan aku, cubitanku. Semua tuh gara-gara diriku sendiri. Melepaskan geram kepadanya. Air mataku berjuraian bagai tidak dapat dikawal lagi. Menyesal. Aku menyesal, aku tak patut buat dirinya begitu. Aku memang tak dapat mengawal perasaan masa itu. Menyesal tapi esok perkara yang sama turut kulakukan. Kurenung kembali peristiwa lewat petang tadi, menyesali sungguh atas perbuatanku. Namun, walau apa jua yang kuperlakukan ke atasnya, dia sikit pun tidak melawan. Akur saja dengan tindakanku. Bukan sekali dua kau diperlakukan begitu, acapkali kau pulang, kau pasti terima habuanku. Sudah lali barangkali, walau kau menangis air mata darah sekalipun, kau pasti akan kena.
Kau memang seorang yang tabah walaupun di usia muda. Beruntung mama mempunyai anak seperti kau, nak. Ah, kau tidak mewarisi mama, mama lemah! Mudah sangat putus asa, mengaku kalah. Baka ayahmu jua yang kau warisi, ah..lelaki tak guna!
* * * * * * * * * * *
“Wah, sedapnya bau! Apalah agaknya si Fahmi nih masak agaknya yer,” Lan mengorak langkah ke dapur dengan briefcasenya masih di tangan.
“Haa...masak apa?” Sergah Lan sekuat hati.
“Ooo mak kau!!” Achik melatah. Habis berderai pinggan yang sedang dipegangnya. Serentak dengan itu, dia terus tunduk menyembunyikan diri di bawah meja makan. Sedaya upaya melarikan diri daripada pandangan Lan, sambil otaknya ligat memikirkan cara terbaik untuk menyelamatkan diri.
Lan terpinga-pinga, seolah-olah hilang suara. “Siapalah pula gadis nih? Aku silap masuk rumah ke?” hatinya bersuara. Aku bingkas turun sebaik mendengar bunyi bising dari arah dapur. Hatiku tak tenteram, apa dah jadi dengan Achik agaknya.
“Ha, kenapa nih? Eh, Lan..bila kau sampai?” ujarku sambil tangan kuhulur, berjabat mesra. Pelukan ukhuwah kuberikan.
“Baru je. Masuk je aku terbau benda yang best dari dapur, aku ingat kau yang masak. Tuh yang aku main sergah je orang kat dapur nih. Eh, siapa tuh?” tanya Lan sambil memuncungkan bibirnya dan matanya bulat
“Ish kau ni, tu adik akulah. Takkan kau dah lupa kot, tulah lama dah kau tak datang jenguk family aku kat Kedah nun..Mak aku pun ada kat atas, diorang sampai pagi tadi. Sorrylah, aku tak sempat nak inform kau,” ujarku panjang lebar menerangkan keadaan sebenar.
“Oh, adik..ingatkan bakal...hihi..”
“Eh ke situ pula kau nih. Ha Achik, sudahlah tuh. Tak payah nak sorok-sorok lagi, nih housemate abang, Lan.”
“Ha, yelah..”sahut Achik. Tapi, dia masih lagi berteleku di situ.
“Eh, budak nih..Keluarlah. Lan ni tak makan orang, nih Abang Lan yang dulu selalu datang rumah kita tuh,” pujukku dengan harapan Achik akan menjengahkan diri.
“Abang Long, tud....tud Achik..,” Achik bersuara tersekat-sekat.
“Astagfirullah’azim, Abang Long lupalah pula. Nah, ambil nih,” ujarku lagi seraya menghulurkan tuala mandi yang tersangkut di balik pintu. Achik terus menutup kepalanya dan terus berlalu naik ke atas.
“Dah besar ye adik kau, cun pula tuh,”usik Lan seraya mengutip serpihan-serpihan kaca yang pecah. Semua tu pun gara-gara dia juga, yang pergi sergah tak tentu pasal tu kenapa..
“Haah, dah besar dah. Kau jangan nak masuk daun lak, aku nak dia habiskan study dia dulu. Lagipun kau tu, dah lama tak datang kampung aku. Mak dengan ayah asyik dok tanyakan kau je,”
“Hihih, bukan aku tak nak jenguk diorang. Aku seganlah. Nanti orang kata apa lak,”
“Nak kata apanya, kau tu dah macam family aku. Dah-dah, kau naik bersihkan badan dulu, lepas tu bolehlah kita makan sekali. Mak aku dah lapar dah agaknya,” Kami pun beriringan naik ke atas, ke bilik masing-masing.
Makan malam tadi memang sungguh membahagiakan. Masing-masing rancak bercerita, lebih-lebih lagi Lan. Dari selepas dia graduate sampailah sekarang nih, habis semua rahsianya dibongkarkan. Maklumlah, mak pasti ingin tahu perkembangan terbarunya sejak sekian lama tak berkesempatan nak jumpa dengan anak angkatnya itu. Aku tengok Achik pun turut sama berbual, walaupun pada mulanya dia kelihatan sedikit segan dan malu. Dalam seronok-seronok berborak tuh, tangan masing-masing tak henti-henti menyuap, makin berselera aku tengok. Sekejap-sekejap tambah nasi, sekejap-sekejap tambah lauk. Bukan nak kata apalah
Selepas makan, kami pun berjemaah Isya’ di ruang tamu. Kemudian, Lan menyampaikan sedikit tazkirah yang diperolehinya masa seminar dua hari lepas. Jarang benar aku tengok seminar ada disertai dengan tazkirah dan ceramah agama, tapi kali ini, Lan beruntung kerana dapat menyertainya. Katanya, seminar tu anjuran sebuah company Melayu. Usai sudah semuanya, kami pun masuk tidur. Maklumlah, kami plan nak bersiar-siar sekitar
Pening juga nak tentukan tempat yang best dan sesuai untuk bawa mak berjalan. Aku cadangkan ke sini, tapi Lan kata tak bestlah pulak. Bila suruh bawa ke
Banyak kereta betul hari ni, dah kata hari minggu. Semua orang pun keluar jalan-jalanlah bersama keluarga termasuklah aku. Jalan pun tak sahlah kalau tak sesak. Sedang asyik leka menunggu lampu hijau menyala, kelihatan seorang wanita sedang asyik memimpin kuat dua orang anaknya melintas di hadapan keretaku. Seorang lelaki dan seorang perempuan, cukup sepasang. Ya, wanita itu. Memori terserempak dengannya tempoh hari kian menerjah diingatan. Dan kanak-kanak lelaki itu, juga pernah kulihat. Kutoleh ke arah mak, yang duduk di kerusi belakang. Mak membalas pandanganku dengan penuh tanda tanya seakan-akan faham dengan perasaanku ketika itu.
.:: Akukah pilihanMU itu? Part 5 ::.
Posted on: Mar 15, 2004 - 07:11 AM by kupu_kecil
“Apa khabar Safiah, Mie ?” tanya mak tiba-tiba mematikan kesibukanku menyiapkan pelan projek. Kucapai kertas bersaiz A3 tu lalu tangan ni pantas menggulungnya.
“Aaaa.....Siapa mak?” ujarku pura-pura tidak dengar. Macam manalah mak boleh timbulkan soalan ni, setahu aku mak tidak pernah sebut langsung pasal dia langsung, ya..langsung tak pernah…sejak peristiwa pahit dulu.
“Kau jangan buat-buat tak dengar pula, Mie..Mak tanyakan si Safiah tuh, apa cerita dia sekarang ?” tanya mak lagi, faham benar mak dengan sikapku. Ah,mana mungkin seorang ibu yang telah mengandungkan anaknya lebih sembilan bulan, tidak tahu akan sikap anaknya sendiri.
“Manalah Mie tahu, agak-agaknya eloklah tuh. Tadi nampaknya bahagia dengan anaknya dua orang. Saya pun dah lama tak dengar cerita pasal dia mak,” ujarku panjang lebar. Ku kembali menyambung kerja-kerjaku, menggaris-garis pelan, touch-up apa-apa yang patut.
“Dah dua anaknya ye, untung Kak Siti..bertambahlah cucunya. Mak nih pula, asyik tang tuh lah jugak. Mak nih dah tua Mie, asyik harapkan anak-anak kakak kau je..Kau tuh bila lagi? Umur makin meningkat Mie,” sambung mak lagi. Ah, sudah..Mak dah start dah, nih yang aku lemah nih bila sentuh soal nikah kahwin. Bukannya aku tak nak kahwin, siapalah yang tak nak..
“Mie tahu mak, Cuma jodoh Mie belum sampai agaknya. Mak sabar lah ye,” pujukku lagi. Harap-harapnya mak fahamlah keadaan aku nih.
“Ye, mak tahu. Soal jodoh semua di tangan Allah, tapi kau tu lelaki Mie, takkan kau nak tunggu anak dara pinang kau pula..Kalau kau nak, bila-bila je mak boleh tolong pinangkan. Anak-anak dara kat kampung kita tuh, banyak yang mak berkenan. Cuma kau tuh je yang memilih sangat,”
“Mie bukan memilih mak. Bukan senang nak mendirikan masjid nih, banyak tanggungjawabnya. Mie pasti bila masanya sampai nanti, insyaAllah Mie akan kahwin juga mak. Mak sabar jelah ye,” pujukku lagi.
“Sudahlah, tak larat mak nak berunding dengan kau lagi, Mie. Mak naik tidur dulu lah ye. Kau tuh, jangan lewat sangat tidurnya. Esok nak kerja lagi, jaga kesihatan kau tuh sikit,” bebel mak lagi.
“Yelah mak. InsyaAllah,habis kerja nih nanti Mie tidur. Selamat malam, Assalamu’alaikum,”
Kulihat mak berlalu ke bilik tamu. Achik agaknya dah selamat mimpi ke mana ntah. Aduhai, mak dah mula bertanyakan soal rumahtangga. Memang betul juga cakap mak, umur aku makin lanjut. Biasanya lelaki seusiaku sudah pun mendirikan rumahtangga. Paling kurang pun, sudah berpasangan dan sudah mula memikirkan soal hidup berpasangan. Aku nih? Jangan kata nak ada awek, fikir soal kahwin pun berapa kali sangatlah. Nih semua gara-gara wanita tadi. Kalau dia tak muncul dalam hidup aku dan mak aku siang tadi, mungkin persoalan nih tak timbul dari mulut mak. Ya, Safiah..Safiah, Safiah...Memori silam kian menerjah diingatan.
*********************************************************************
“Fiah tak suka abang Mie buat Fiah macam ni. Fiah tak suka!!”
“Kenapa pulak? Abg buat semua nih untuk kebaikan kita jugak, masa depan kita bersama,”
“Fiah masih muda, Fiah tak sanggup nak tinggalkan dunia Fiah seawal macam ni. Fiah tak dapat bayangkan hidup Fiah jadi macam itu, Fiah tak mahu!!”
“Fiah, dengar sini cakap Abg. Semua tu, hanya sekejap je Fiah..Kerja Fiah tuh tak ke mana..
“...Tak ke mana? Abg jangan nak perkecilkan kebolehan Fiah, sudahlah!! Kalau Abg masih ingin terus buat macam nih, kita putus je!!”potong Fiah. Fiah bertindak ganas,meninggalkan aku termangu-mangu seorang diri di taman tu. Belum pernah Fiah bertindak sebegini sepanjang perkenalan kami. Apa yang telah merasuknya pun aku sendiri tak pasti. Keadaan sekeliling memang sudah langsung tidak dipedulikannya, biarlah apa orang nak kata. Yang penting, hasratnya tercapai juga, fikirku.
Fiah, Fiah...Sikit pun aku tak sangka yang dia sanggup bertindak sedemikian. Sangkaku, setelah lebih
“Abg, Fiah baru saja nak berjinak-jinak dengan kerja baru Fiah..Abg cubalah faham situasi Fiah. Bagilah Fiah tempoh beberapa tahun lagi sebelum kita kahwin, Fiah dah lama minat kerja ni Abg,” pujuk Fiah dengan harapan aku akan termakan dengan pujuk rayunya.
“Fiah dah gila ke? Fiah tak pernah fikirkan Mak Siti ke? Abg nih..diri Fiah sendiri? Ni semua kerja gila Fiah, kerja gila!!”
“Fiah dah fikir habis-habis Abg, Fiah nekad. Abg nak cakap apa-apa pun cakaplah. Fiah takkan berganjak dengan keputusan Fiah, Fiah tak peduli semua tuh”
“Fiah, bawa beristighfar banyak-banyak. Ingat Tuhan Fiah. Banyak lagi kerja yang Fiah boleh buat, yang lebih berfaedah dan halal daripada nih semua Fiah. Kau berkebolehan Fiah, bukan ini yang sesuai untuk kau Fiah!”
“Sudahlah tuh, Abg! Fiah tak nak dengar apa-apa lagi. Kalau Abg masih tak mahu terima keputusan Fiah, Fiah tak kisah! Abg carilah perempuan lain yang nak dengar telunjuk Abg, biarlah Fiah sendiri macam nih,”
Kata-katanya masih lagi segar satu-persatu dalam kotak fikiranku. Sedikit pun aku tak menyangka, gadis semulia Safiah sanggup berubah begitu sekali. Dan paling aku tak menyangka, bagaimana kusangkakan utuhnya pendiriannya boleh mudah terlerai begitu sahaja. Ah, aku benci manusia! Manusia yang sudah merubahnya!
Lama betul aku tidak dengar khabarnya. Sesekali aku pasti mengikuti perkembangannya dalam akhbar dan majalah hiburan. Safiah, siapalah yang tidak mengenalinya. Hampir seluruh pelusuk bumi
Hampir setiap hari ada saja paparan hangat mengenainya. Kalau tak pun, ada saja wajahnya di setiap helaian akhbar dan majalah.
‘Sofea, gadis genit baru yang bakal menyengat!’
‘Namanya sudah sebaris dengan muka-muka lama, walaupun masih muda!’
Begitulah setiap hari, ada saja headline hebat memperkenalkan dan melariskan Safiah. Mulanya, aku rasa amat bersalah kerana biarkan saja dia hanyut dalam dunianya. Ah, aku masih belum cukup kuat untuk menariknya. Kasihan benar aku lihat Mak Siti, habis airmatanya kering bila mengenangkan perubahan anak kesayangannya. Orang kampung tak habis-habis membawa mulut, tak pandai jaga anaklah, macam-macam tohmahan yang Mak Siti terpaksa tanggung. Ah, Safiah memang kejam, sikit pun tak pernah difikirkan tentang ibunya, yang telah bersusah-payah membesarkannya. Itulah manusia, bila disangkanya bulan sudah jatuh ke riba, semua dilupakannya termasuklah sanak-saudara!
Tapi tu dulu. Tidak lama kemudian, nama Safiah mula tenggelam. Semuanya gara-gara sikap tamaknya yang tak menentu. Ah, aku tak ambil pusing langsung pasalnya, jelek aku nak tahu kisahnya lagi. Safiah bukan lagi Safiah Aleeya yang aku kenal dahulu. Gadis manis bertudung yang pernah suatu ketika dahulu mencuri hatiku. Lembut bicaranya dan layu pandangannya memang memikat sesiapa yang memandangnya. Ramai lelaki yang
Agaknya kini, dia sudah pun menjadi milik orang, sudah punya anak dua orang yang comel. Ya, seingat aku..Safiah telah dilamar oleh orang kenamaan. Namun, berita perkahwinannya tidaklah tersebar mana, hanya sekecil-kecil ruang dalam majalah memaparkan beritanya. Ah, mana mungkin ditolak peluang hidup mewah begitu. Mungkin itu sebabnya namanya makin tenggelam. Sangkaku Safiah akan terus dengan pendiriannya untuk terus dengan dunia glamournya dan tidak punya komitmen berat pada sesiapa, tapi dalam kurang dua tahun berkecimpung, tewas juga Safiah pada lelaki mewah itu. Mana ada manusia yang inginkan hidup susah? Peluang macam itu, mana mungkin dilepaskan..
-Tamat-
No comments:
Post a Comment